Jun 30, 2010





Mungkin anda juga ingin mengubah selera mata untuk tahun ini dan tengah rajin merancang nak buat mural ciptaan sendiri...apa pun saya pasti kita perlu tengok contoh dan kesesuaiannya dengan ruang yang kita ada untuk mengisi mural itu nanti...

Untuk contoh-contoh mural sekolah sila ke rakan blogger ini...


Sekolah Kebangsaan Ulu Luit ( SKUL ) telah dibangunkan oleh penduduk kampung pada pertengahan tahun 1930 atas nasihat En.Wan Taha, Penghulu Mukim Luit dan pengasasnya ialah En.Abu Karim, Ketua Kampung.

Bangunan asalnya dibuat daripada buluh dan aatapnya daripada daun rumbia. Pada tahun 1931 sekolah ini mempunyai murid seramai 30 orang murid dan 2 orang guru dari darjah satu hingga tiga yang kemudiannya menyambung pelajaran ke Kuantan.

Pada tahun 1935, sebuah baru telah dibina menggantikan bangunan asas dan sekarang sekolah ini mempunyai 9 blok bangunan termasuk sebuah Asrama Desa yang menempatkan seramai 50 orang penghuni ( 25 lelaki dan 25 perempuan ), 12 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah Makmal Sains, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, dan 2 kelas Prasekolah yang menampung 50 murid.

Senarai Guru Besar Yang Telah Berjasa

1. TN HJ UMAR B MAHUSIN ( 1931 - 1934 )
2. EN YUSOF B ABDULLAH ( 1935 - 1937 )
3. EN SALLEH B BURUK ( 1938 - 1939 )
4. EN OTHMAN B ABDULLAH ( 1940 -1 942 )
5. EN ALI B CHIK ( 1943 - 1949 )
6. EN MOHAMAD B YUNUS ( 1950 - 1955 )
7. EN MOHD NUR B YUNUS ( 1956 - 1962 )
8. T N SYED AHMAD B SYED UMAR ( 1963 -1 964 )
9. EN SHAARI B OTHMAN ( 1965 - 1972 )
10. TN HJ MOHD AKIL B ABDULLAH ( 1973 - 1983)
11. EN MAHASAN B TEH ( 1984 - 1987 )
12. EN UMAR B MUHAMAD ( 1988 - 1991 )
13. EN OTHMAN B AWANG ( 1992 - 1994 )
14. EN KAHADIN B ABU SEMAN ( 1995 - 1996 )
15. EN UMAR B TAN TAIB ( 1997 -2 001 )
16. EN NORDAN B ABU BAKAR ( 2001 - 2003 )
17. EN MUHAMAD ANUA B MUSOP ( 2003 - 2008)
18. TN HJ MUHAMAD B HJ ABDULLAH ( 2009 )



Pada 30 jun,SMK Maran 2 telah mengadakan hari koperasi sekolah. jadi sekolah tersebut menganjurkan pertandingan mewarna antara prasekolah,kemas dan perpaduan.Maka prasekolah SK Ulu Luit menerima jemputan tersebut .Jadi kenalah membawa 5 orang murid ke pertandingan tersebut.nasiblah murid-muridku baik belaka........bestnya....dapat juga hadiah. Pra SK Ulu Luit dapat tempat ke-2 dan ke-4. Tempat ke-2 adik Ayu Farisha Emylia dan ke-4 adik Muhammad Zahin.Lagi 3 orang hanya mendapat saguhati.Kira baiklah tak balik dengan tangan kosong....

Jun 24, 2010

.:Downloads:.

Photobucket Koleksi Lembaran kerja & BBM Prasekolah
Tema:Sayur-sayuran
..Sayur-sayuran bm
.. Sayur-sayuran bm
Tema:Buah-buahan
.. Buah-buahan
.. Buah-buahan bm
Tema: Kenderaan
..kenderaan capuran
..jet

..latihan BM
..latihan BI
Tema: Diri Saya
Tema :Makanan
Tema: Bunga
Tema: Pekerjaan
Tema: Haiwan Didarat
Tema: Haiwan di air
Tema:Burung
Tema:Serangga
Tema:Rumah saya
Tema:Perayaan di Malaysia
Tema:Kemerdekaan
Tema: Lagu & Muzik Tradisional
Tema:Seni Kraf & Peralatan Tradisional

Photobucket Rancangan Tahunan / Mingguan.
Photobucket Lagu Kanak-Kanak.
Photobucket Perisian Pendidikan Kanak-kanak.
Photobucket Koleksi A to Z Kertas Kerja
Photobucket Email Saya untuk password & dll uminaurah@gmail.com

Rakan Bloggers

exclusivemails.net